Punca Masalah Seksual Suami Isteri dan Cara Penyelesaian

Jangan Jadikan Masalah Seksual Suami Isteri Punca Keruntuhan Rumahtangga.  Cari Penyelesaiannya!

masalah seksuak suami isteriTag: masalah, suami, isteri, istri, curang, hubungan, curang, forum, komunikasi, seksual, intim, seks, penyelesaian, aktiviti, kekerapan, melakukan, ghairah


Dari membaca tajuk sahaja kita sudah memahami apa yang tersirat dan apa yang tersurat. Ini adalah asam garam kehidupan berumahtangga. Sebelum kahwin semuanya sempurna. Apabila sudah bertahun hidup bersama mulalah ada masalah itu masalah ini. Masalah kewangan, masalah anak-anak, masalah saudara-mara dan yang paling utama sekali ialah masalah Seksual atau Hubungan Intim suami isteri. Terimalah kenyataan bahawa kehidupan seksual yang sempurna akan menghasilkan rumahtangga yang sentiasa ceria walau apa jua masalah datang melanda. Inilah rahsia kehidupan berumahtangga di dalam mengharungi pelbagai rintangan hidup bersama.

Pada ketika “bersama” segala masalah hutang-piutang, masalah itu, masalah ini semuanya dianggap beres. Betul tak? Jangan tersengeh sahaja, semua orang pun sama, tak kira bangsa dan agama. Kalau ada bom di sebelah, nak meletup pun meletuplah. Lihatlah betapa pentingnya hubungan seksual suami isteri.

Bagi para suami, cuba lihat perangai isteri anda jika anda sudah lama tidak ada hubungan seksual dengannya atau ada hubungan seksual tapi isteri tak puas. Kan berbeza perangainya bila dia klimaks 3 kali?

Oleh itu jika tuan-tuan kurang power atas dasar kesihatan atau atas dasar apa sekalipun, jika perlu senaman,rawatan atau herba untuk “sex booster” tepuk dada tanya selera. Buatlah pilihan yang bijak sesuai dengan tahap kesihatan dan cara hidup. Budget pun penting juga. Tapi kalau serasi dan mujarab mahal pun tak mengapa. Ubat kuat, Gel tahan lama dan Pam Senaman Zakar sudah sinonim dengan lelaki seawal umur 30an sehinggalah mencecah umur 60an. Ini adalah kerana tahap fizikal dan kekuatan dalaman semakin menurun. Jadi bagi para isteri di luar sana, jangan terasa janggal atau mencemoh suami sekiranya suami ada mengambil herba ubat kuat, gel zakar tahan lama atau memakai alat-alat bantuan seperti pam vakum zakar atau cincin penambat kerana semuanya dilakukan demi kepuasan seksual Isteri Tersayang.

CARI PUNCA UNTUK SELESAIKAN MASALAH SEKS

Jika pada waktu ini anda dan pasangan menghadapi masalah seks maka amat penting untuk anda mengambil langkah mengatasinya. Namun sayangnya ramai yang membiarkan masalah ranjang ini berlarutan kerana tidak tahu di mana hendak dirujuk. jika terlalu malu untuk berbuat demikian, ambillah masa dan buatkah penilaian di mana silapnya.

Selalunya masalah seksual yang berlaku kalangan suami ini disebabkan oleh rasa tidak puas hati terhadap pasangan. Dalam hal ini langkah paling utama yang perlu dilakukan dalam menyelesaikannya adalah dengan mengetahui puncanya. Jika rasa tidak puas hati ini sudah dapat dipastikan puncanya maka akan mudahlah mencari jalan penyelesaiannya. Selain itu pasangan juga harus mengenali aktiviti seksual apakah yang diinginkan oleh pasangan hidup anda. Tujuannya, agar pasangan dapat bersama-sama mewujudkan impian aktiviti seksual yang diinginkan.

Dalam hal ini pasangan haruslah mengetahui kekerapan hubungan seks yang diinginkan, cara atau posisi malah tahap tenaga pasangan sekali. Ini kerana setiap individu memiliki ghairah dan tenaga seksual yang berbeza-beza. Ada pasangan yang memiliki ghairah seksual yang tinggi, rendah ataupun di tahap sederhana saja. Tapi keadaan akan menjadi bermasalah jika ghairah seksual pasangan di tahap yang rendah. Sebagai pasangan anda haruslah mencari puncanya.

Bagi Isteri, Fahami Sifat Seksual Suami Anda!

Dalam menangani masalah seks, aspek diri suami sebagai lelaki juga perlu diambil kira. Umumnya, lelaki mengukur kejantanan dirinya daripada kekuatan atau ghairah seksnya. Itu sebabnya, ramai suami yang memandang seks sebagai salah satu perkara teratas dalam perkahwinan mereka.

Mereka mahu keperluan seksnya sentiasa dipenuhi, Jika ia tidak diperolehi maka lelaki akan mengeluh sepanjang kehidupan berumah tangga. Mereka akan bertanya kepada diri sendiri, apa sudah jadi dengan perkahwinan mereka? Adakah masalah tersebut berpunca daripada dirinya? Adakah dirinya tidak mampu memberi kepuasan terhadap isteri dan banyak lagi soalan yang membuatkan dirinya risau dan tertekan.

Seorang isteri harus memahami bahawa bagi lelaki, kepuasan seks seseorang lelaki dilihat daripada kekerapan mereka melakukan hubungan seksual. Semakin kerap melakukan seks maka ia dianggap mampu memuaskan pasangannya. Hubungan seks dikatakan pada tahap baik jika ia dilakukan empat, lima atau enam kali seminggu. Sebaliknya jika pasangan suami isteri hanya melakukannya sekali sebulan atau sekali dalam tiga bulan maka kehidupan seksual mereka dianggap bermasalah.

Berterus Terang! Nak buat hape simpan-simpan…..

Kurangnya kekerapan hubungan seks menimbulkan rasa cemas di kalangan lelaki. Lelaki selalunya mengendalikan ‘medan’ hubungan seks. Jika frekuensi seksual di tahap yang rendah mereka akan mula merasakan satu kekurangan dalam diri. Dari situlah timbulnya perasaan cemas. Sering kali para isteri menolak untuk mengadakan hubungan seksual atas alasan penat menguruskan rumah tangga dan anak-anak tanpa memikirkan kesannya terhadap suami. Ada suami yang terasa rendah diri malah tercabar keegoaannya apabila ajakan seks ditolak mentah-mentah oleh pasangan mereka. Selain kesal dan kecewa tertanam dalam hati mereka.

Inilah yang kemudiaan akan menjurus kepada perselisihan faham. Sekiranya tidak ditangani dengan cepat maka tidak mustahil hubungan suami isteri akan menjadi bertambah dingin.

Oleh itu amatlah disarankan agar pasangan suami isteri yang merasai ketidakpuasan hati dalam hubungan seks supaya membicarakannya secara terus terang. Tidak perlu berselindung atau memendamkannya di dalam hati. Perbincangan suami isteri dalam urusan seks secara terbuka bukan saja mampu menjadikan hubungan seks mereka berlangsung dengan indah malah rumah tangga juga akan sentiasa harmonis.

Berikut beberapa saranan yang boleh membantu:-

1- Isteri juga seperti suami: Ini bermakna isteri mempunyai dorongan seks dan kepertuan seksualnya juga perlu dipenuhi. Jangan anggap isteri hanya sebagai objek seksual untuk memuaskan suami.

2- Ramai isteri mengalami masalah seksual tetapi tidak berani berterus terang kepada suami: Carilah jalan supaya isteri tidak takut atau malu berterus terang sama ada dia menikamati seks atau tidak.

3- Memuaskan isteri adalah kewajipan anda: Sebagaimana anda selalu berasa puas, setiap kali melakukan hubungan seksual, maka anda mesti melakukan perkara yang sama kepada isteri.

4- Jika anda mengalami gangguan fungsi seksual dan isteri selalu mengeluh tidak puas, segera atasi dengan cara yang betul dan penuh tanggungjawab.

Jika suami melakukan semua saranan di atas, yakinlah bahawa isteri tidak akan kecewa dan tidak menganggap anda sebagai suami egois.

Sebaliknya kalau anda tetap menjadi suami egois, bersedialah menghadapi dan merasakan akibatnya. Mungkin pada awal-nya hanya isteri yang mengalami akibat keegoan anda tetapi untuk jangka masa panjang anda sebagai suami juga akan merasainya.

Isteri yang kebetulan mempunyai suami egois akan lebih baik jika mengambil sikap dan tindakan seperti berikut:-

I- Beritahu suami apa yang anda inginkan dalam hubungan seksual dan beritahu tentang masalah seksual dialami. Ingat dia juga seperti isteri tidak semuanya faham tentang seksual.

2- Berterus teranglah jika anda memerlukan rangsangan terlebih dahulu, jika suami tidak tahu melakukannya, atau kalau rangsangannya tidak anda sukai, katakan juga secara berterus terang.

3- Jalin hubungan komunikasi yang baik, minta suami membaca buku atau tulisan berkaitan seksual dan menghadiri seminar dan perbincangan tentang masalah berkaitan yang dikendalikan oleh tenaga pakar.

4- Jika suami mengalami gangguan fungsi seksual, jangan bosan menya-rankan suami berjumpa dengan pakar untuk mengenalpasti masalah dan mendapat-kan rawatan. Jika suami tidak mengakui, jangan lemah semangat, jika perlu temaninya mengatasi berjumpa pakar atau menjalani rawatan dan anggap ia sebagai masalah bersama.

Diharapkan segala maklumat ini dapat dimanfaatkan dan dikongsi bersama untuk kehidupan seksual rumahtangga yang lebih mantap!

Label: masalah suami isteri, masalah suami, masalah suami curang, masalah suami istri, masalah suami isteri forum, masalah komunikasi suami isteri, masalah seksual suami isteri, masalah hubungan suami isteri, masalah hubungan intim suami isteri
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Originally posted 2011-07-27 04:52:25. Republished by Blog Post Promoter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>